“Jgn nyesal kemudian hari” – Sukarelawan Sedih Dengar Luahan Makcik Tua, Anak Menantu Merungut Nak Bawa Mak Pergi Vaksin

Entertainment
1 Jul 2021 • 2:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Jgn nyesal kemudian hari” – Sukarelawan Sedih Dengar Luahan Makcik Tua, Anak Menantu Merungut Nak Bawa Mak Pergi Vaksin appeared first on Lobak Merah.

Bagi korang yang masih mempunyai ibu bapa, gunakanlah masa ini untuk menghargai jasa-jasa mereka dan menjaga mereka sebaiknya kerana siapa tahu esok lusa mereka dah tiada.

Jangan pula jadi seperti kisah yang dikongsikan seorang pengguna TikTok lilowhoeversheis ini yang mana seorang makcik tua telah meluahkan perasaannya dilayan dengan buruk oleh anak menantunya.

Menerusi video TikTok tersebut, wanita yang menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah mendengar luahan makcik tua semasa sedang menunggu untuk menerima kad vaksin.

image is not available

Menurutnya, anak kepada makcik ini terlalu sibuk untuk menghantar emaknya mengambil vaksin hari ini. Jadi menantu mengambil tugas untuk menghantarnya. Pun begitu, menantunya merungut-rungut sampaikan makcik ni nak makan pun tak sempat.

Sedih mendengar kisah makcik ni, pengguna TikTok tersebut terpaksa menyembunyikan perasaannya dan sanggup tinggalkan kerja sekejap untuk temankan makcik ni jumpa menantunya di tempat menunggu.

image is not available

Lagi sedih bila makcik tu minta wanita ini untuk jangan cakap apa-apa kepada menantunya kerana bimbang dia akan dimarahi. Alahai… 

@lilowhoeversheis

Pls gais jgn nyesal kemudian hariimage is not available#fyp #vaccine #sad #bekind #HotlinkEverydayCEO #buwatjetiktok

♬ original sound – トワン・カシャimage is not available – トワン・カシャimage is not available

 

“Andai dia tahu betapa sakitnya rasa bila mak kita dh takde kat dunia ni” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut berasa simpati dengan makcik ni dan berharap anak serta menantu kepada makcik tersebut berubah sikap mereka untuk melayan orang tua dengan lebih baik.

Ramai juga meluahkan perasaan merindui ibu bapa yang telah tiada dan ada juga berbangga dapat menemankan ibu bapa mereka untuk mengambil vaksin di PPV.

image is not available

Sayangilah orang tua kita semasa mereka masih ada. 

Baca: “Rindu arwah abang” – Sedih! Cikgu Suruh Lukis Apa-apa Je, Namun Lukisan Murid Ini Buat Ramai Sebak

image is not available

Tiktok

TikTok

TikTok

The post “Jgn nyesal kemudian hari” – Sukarelawan Sedih Dengar Luahan Makcik Tua, Anak Menantu Merungut Nak Bawa Mak Pergi Vaksin appeared first on Lobak Merah.