Samsung benar tukar 2 telefon menjadi 1 telefon Galaxy Z Fold/Flip, petanda harga melampau mahal?

Digital
23 Jul 2021 • 2:22 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Inisiatif tukar beli telefon pintar oleh pengeluar telefon adalah sesuatu yang biasa. Samsung sejak sekian lama ada penawaran tersebut untuk kebanyakan produk Galaxy mereka.

Namun, untuk Galaxy Z Fold 3 dan Z Flip 3 yang bakal datang ini, Samsung telah menambah baik penawaran itu. Ada pihak yang mengesan laman percubaan Samsung yang membenarkan pengguna menukarkan sehingga 2 telefon kepada 1 unit telefon flagship itu.

image is not available

Adakah ini tandanya harga telefon boleh lipat yang bakal tiba ini tidak masuk akal?

Sebagai perbandingan, Z Fold 2 di Malaysia dijual pada harga RM6,999 manakala harga pelancaran Z Flip di Malaysia ialah RM5,888.

image is not available
Z Fold 2 miliki tanda harga hampir RM7,000 di Malaysia

Antara tawaran menarik yang turut dikepilkan bersama ialah perlindungan Samsung Care+ selama 12 bulan bersama-sama dengan beberapa manfaat sebagai penempah awal yang lain.

Diingatkan bahawa tawaran yang dikesan ini terpakai untuk pengguna di A.S sahaja. Tak mustahil akan diperluas ke rantau lain sekiranya sambutan yang menggalakkan diterima Samsung.

Pelancaran kedua-dua Galaxy Z Fold dan Z Flip baharu dijadualkan pada 11 Ogos 2021 jam 10 malam waktu Malaysia. Belum pun mengetahui harganya, Samsung sudah pun mula mengedarkan baucar RM300 kepada sesiapa sahaja yang mendaftarkan minat untuk mendapatkan seunit produk yang bakal tiba ini.

Samsung Galaxy Unpacked akan perkenal dua telefon lipat pada 11 Ogos

[Sumber: XDADevelopers]

The post Samsung benar tukar 2 telefon menjadi 1 telefon Galaxy Z Fold/Flip, petanda harga melampau mahal? appeared first on SoyaCincau.com.