Dua Beranak Didenda RM48 Juta & Dipenjara 8 Tahun Selepas Buka Butik Jual ‘Fake’ Supreme

9 Jul 2021 • 3:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Selepas beberapa kali naik turun mahkamah atas beberapa tuntutan cap dagangan dan kesalahan lain, pengasas Supreme Italia, rangkaian butik yang menjual barangan tiruan jenama Supreme di Eropah dan China telah didapati bersalah dan berdepan hukuman penjara.

image is not available

Pemilik butik tiruan berkenaan, Michele Di Pierro dan anak lelaki beliau Marcelo telah didapati bersalah dan diarahkan membayar denda sebanyak $10.4 juta (~RM48 juta) kepada LV Corporation, syarikat induk pemilik jenama Supreme.

Lebih mengejutkan, anak beranak ini telah mendapat pengiktirafan dan memperolehi cap dagangan atau ‘trademark’ Supreme untuk dijual ke beberapa buah negara termasuk Itali, Sepanyol, Singapura dan Indonesia.

Difahamkan, mereka telah membuka beberapa cawangan di negara berkenaan selain di Eropah dan China dengan menjual barang-barang tiruan jenama Supreme yang terkenal dalam kalangan peminat streetwear.

image is not available

Menurut The Fashion Law, mereka telah didapati bersalah atas dua tuduhan penipuan. Selain dikenakan denda, Michele telah dijatuhi hukuman penjara selama 8 tahun manakala anaknya dipenjara selama 3 tahun!

Difahamkan, kedua-dua mereka gagal menghadirkan diri pada hari perbicaraan dan mereka ditahan dengan kebenaran waran tangkap.

Dalam masa yang sama, Hakim Martin Beddoe menjelaskan kegiatan yang dijalankan anak beranak ini jelas telah merampas setiap aspek identiti Supreme dan menirunya. “Perniagaan mereka ini ternyata ‘kurang ajar’ dan menyinggung perasaan!”

 

Sumber : Hypebae

Baca : Netizen Dakwa Perfume Baru Keluarannya Ciplak Dior Sauvage, Ini Respon Wak Doyok

image is not available

inputmag

Man Of Many

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.