“Ayah saya tak dihormati” – Wanita Dakwa Ayah Tak Diberi Oksigen, Katil & Selimut Sebelum Meninggal Akibat Covid-19

Entertainment
28 Jul 2021 • 5:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Seorang wanita mezahirkan rasa terkilan apabila dia mendakwa ayahnya yang kini sudah meninggal dunia akibat Covid-19 telah diabaikan ketika menjalani rawatan di Hospital Serdang.

Wanita berumur 26 tahun yang dikenali sebagai Bowie Kong ini mendakwa ayahnya Kong Wan Hong, 56, tak dapat katil dan selimut walaupun diminta berulang kali.

 

Bantuan oksigen dapat masa hari ketiga

image is not available

Lapor Malaysiakini, ketika ingin mendapatkan oksigen, Bowie mendakwa, bapanya dapat bantuan itu pada hari ketiga sebelum ayahnya menghembuskan nafas terakhir tidak lama selepas itu.

Lebih hiba lagi buat Bowie, dia mendakwa ayahnya takkan dapat makanan baru kalau tertidur atau terlepas waktu makan.

“Ayah saya tidak dihormati ketika berada di sana. Walaupun dia tidak mempunyai peluang tinggi untuk hidup, saya harap dia lebih dihormati.”

Berikutan kejadian ini, sumber telah menghubungi pengurusan tertinggi sebuah hospital di Selangor itu dan kini sedang menunggu penjelasan mereka.

Tambah Bowie lagi, ayahnya itu menghidap kencing manis, darah tinggi dan sedikit lebih berat badan, ayahnya ada mengadu keadaan di hospital.

“Pada hari kedua (21 Julai) dia telefon rumah pada jam 3 pagi, kata hendak balik rumah kerana hospital terlalu sejuk.”

Bowie juga mendakwa ayahnya hanya diletakkan di kerusi roda di Jabatan Kecemasan dan tiada katil.

Orang lain yang dimasukkan ke wad lepas dia dan keadaan lebih baik diberikan katil tapi dia diminta duduk atas kerusi roda.”

image is not available

Untuk rekod, hospital hibrid itu telah mencetuskan perhatian selepas tular gambar pesakit dalam khemah dan atas lantai.

Menerusi sumber lagi, Wan Hong merupakan pekerja di sebuah pasar, dia disahkan positif Covid-19 pada 15 Julai lepas dan dimasukkan ke hospital pada 20 Julai.

Bedasarkan sijil kematiannya, Malaysiakini menjelaskan bahawa Wan Hong dikelaskan sebagai kes Covid-19 kategori 4 sebelum meninggal dunia pada 22 Julai.

 

Baca : Indonesia Kehabisan Bekalan Oksigen, Puluhan Pesakit Tenat Covid-19 Meninggal Dunia

image is not available

Facebook

Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.