Rekaan Honor Magic3 Tertiris Dengan Sistem Kamera Matrix

TechnologyDigital
15 Jul 2021 • 10:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Magic3 sah akan dilancarkan pada 12 Ogos hadapan dan ini ialah peranti mercu yang pastinya dinantikan kerana sebelum ini Honor hanya melancarkan peranti kelas pertengahan Honor 50. Dengan peranti semakin hampir akan dilancarkan, rekaannya telas tertiris ke arena web menerusi ciapan @BenGeskin.

image is not available

Rekaan Honor Magic3 adalah agak menarik kerana kuad-kamera disusun secara menegak dengan salah salah satunya bersaiz lebih besar dari tiga yang lain. Ini memberikan petanda bahawa kamera besar ini mungkin menggunakan sensor bersaiz besar atau dengan sistem penstabilan gimbal. Dapat juga dilihat perkataan 48 Megapixel, Matrix Camera dan juga zum sehingga 100X.

Setakat ini tidak banyak maklumat diketahui mengenai peranti ini kecuali ia mungkin menggunakan cip Snapdragon 888 Pro menjadikannya peranti mercu yang amatlah dinantikan dari Honor.