“Saya call nak dekat 300 Kali” – [VIDEO] Wanita Kecewa, Bakal Suami ‘Ghaib’ Last Minit Sebelum Bernikah

Entertainment
19 Jul 2021 • 1:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Hari perkahwinan semestinya akan menjadi detik paling dinanti-nanti oleh pasangan bakal pengantin. Semestinya persiapan akan dibuat dengan cukup teliti untuk menyambut hari yang bersejarah ini.

Namun ada juga sesetengah kes itu, yang putus di tengah jalan walaupun segala persiapa dah dibuat seperti kisah ini.

 

Kenal dari 2019

Siapa sangka keterujaan seorang wanita ini untuk mendirikan rumah tangga tepaksa berdepan kisah sedih dalam hidupnya, apabila bakal suaminya ‘hilang’ tak dapat dikesan.

Menerusi beberapa video yang tular di TikTok, terlihat barangan hantaran dan pakaian untuk hari pernikahan mereka dah disediakan. Tapi apakan daya, pernikahan bersama lelaki yang dikenali sejak tahun 2019 itu punah begitu saja.

@sulongnakal09_

Kenal dari 2019 /2021 ingin membina Rumah tangga dan mekaseh untuk segalanya

image is not available
mekaseh untuk keputusan hari ini .

♬ bunyi asal – Sulongnakal – Sulongnakalimage is not available

@akakcantikkk

Semoga kuat awk @sulongnakal09_ #foryoupage #fypberanda #fyp #esekeli #farah

♬ Cinta Tak Harus Memiliki – ST12

 

“Ada dekat 300 kali saya call”

Menerusi satu rakaman ketika live, gadis yang dikenali sebagai Along itu beritahu yang dia dah call lelaki berkenaan nak dekat 300 kali tapi masih tak dijawab. Oleh sebab berasa sayang dengan segala persiapan yang dah dibuat, Along tetap mengenakan busana pengantin tersebut.

@milachantika4

dia yg tk jadi kwin tpi sy yg rsa sedih nitik air mata tgok live dia td allah bert btul ujian akk image is not available tag akk@sulongnakal09_ ramai iiimage is not available strong girlimage is not available

♬ bunyi asal – ;_.𝖙𝖎𝖐𝖐𝖆_.𝖛𝖎𝖉𝖘 – ;_.𝖙𝖎𝖐𝖐𝖆_.𝖛𝖎𝖉𝖘image is not available

 

Selain itu, dia beritahu yang masih berharap untuk bersama dengan lelaki tersebut sekiranya ada jodoh. Gadis berkenaan turut menzahirkan rasa sayangnya dan sentiasa mengambil berat dengan keadaan bakal suaminya tu selama ini. Di samping gadis tersebut menyatakan dia masih buntu, kenapa semua ni jadi sedangkan dia tak pernah membuat masalah.

@th4y4n444.co

orang hk tgk live mu pon leh ngalir airmate long apetah lagi mu diriimage is not available#xyzbca #fyp #staystrong @sulongtakir

♬ original sound – 𝒹ℯℯ𝓁𝒶𝒶𝒶𝒶𝒶.𝒸ℴ – 𝒹ℯℯ𝓁𝒶𝒶𝒶𝒶𝒶.𝒸ℴimage is not available

Kesian, semoga semua masalah dapat diselesaikan dengan elok.

 

Baca : “Sebab majlis tak ramai orang datang” – MUA ‘Basuh’ Bakal Pengantin Yang Minta Makeup Harga RM100

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.