Ada 2 Sesi Solat, Perlis Benarkan Solat Sunat Aidiladha Di Tanah Lapang

11 Jul 2021 • 11:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Sedar tak sedar, dalam tempoh seminggu lebih lagi kita bakal meraikan Hari Raya Aidiladha untuk tahun ini. Walaupun tiada jemaah haji yang negara kita hantar untuk menunaikan Rukun Islam ke-5 di Tanah Suci Mekah, kita boleh meraikannya dengan ibadah korban di sini.

Tatkala kita masih dalam tempoh pandemik, SOP untuk mana-mana perayaan mestilah dipatuhi. Terkini, Perlis mengumumkan akan membenarkan Solat Sunat Aidiladha diadakan di tanah yang lapang.

image is not available
Sumber: google image

Menurut laporan Astro Awani, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah untuk membenarkan solat diruang terbuka bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19 berbanding dilaksanakan ditempat tertutup.

image is not available
Sumber: kerajaan negeri perlis

Baginda turut bertitah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Isitiadat Melayu Perlis (MAIPs), solat akan dilaksanakan pada 8 pagi di tanah lapang perkarangan masjid dan bilangan jemaah bergantung kepada kapasiti luar kawasan tersebut.

Bagi memaksimumkan penyertaan jemaah yang optimum, baginda juga turut membenarkan sesi Solat Sunat Aidiladha dilakukan dalam dua sesi iaitu pada 8 pagi dan 9 pagi untuk sesi yang berikutnya.

image is not available
Sumber: astro awani

Tuanku Syed Faizuddin turut bertitah sekiranya keadaan cuaca kurang baik, solat boleh dilakukan di dalam masjid mengikut kapasiti yang dibenarkan dengan pematuhan SOP dan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter antara jemaah.

 

Baca: Perlis Benarkan Ibadah Korban Tapi Hanya Boleh Dilakukan Di Pusat Penyembelihan

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.