KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Jumlah pemberian vaksin harian Covid-19 melepasi angka 500,000 semalam selepas mencatatkan sebanyak 507,050 dos suntikan, jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menerusi perkongsian di Twitter, beliau berkata daripada jumlah itu 335,977 adalah dos pertama, manakala 171,073 adalah dos kedua.
Jumlah pemberian vaksin Covid-19 harian tertinggi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Feb sebelum ini adalah pada Jumaat lepas dengan sebanyak 460,158 dos suntikan.
— BERNAMA
The post 507,050 dos vaksin diberi semalam, tertinggi setakat ini appeared first on Selangorkini.


![[TERKINI] Pecah Rekod Lagi! 15,573 Kes Baharu, Selangor Sahaja 7,672 & KL Dah Cecah 2,063](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)