Waze kini tunjuk laluan alternatif sebelum mula memandu sama seperti Google Maps

29 Jul 2021 • 4:03 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Waze kini melakukan satu kemaskini yang dilihat hampir serupa dengan Google Maps, iaitu kebolehan melihat perjalanan alternatif dan maklumat yang lebih terperinci mengenai laluan itu, sebelum pengguna memulakan navigasi.

Dengan kebolehan ini, anda boleh periksa keadaan jalan dan lihat jalan alternatif meskipun masih berada di dalam rumah. Dari situ, anda boleh lihat pelbagai pilihan laluan dari lokasi A ke lokasi B. Kemudian Waze juga akan nyatakan kos tol, halangan dan tempoh masa perjalanan untuk setiap laluan yang dicadangkan itu.

image is not available

Jadi, dengan kemaskini ini, anda akan lebih mudah membuat keputusan untuk memilih laluan perjalanan yang disediakan sebelum memulakan perjalanan. Dapat juga mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Namun, dibandingkan dengan Google Maps, kebolehan seperti ini sudah lama ada. Yang berbeza ialah, fungsi baru Waze ini ada tambahan maklumat kos tol yang anda perlu bayar apabila melalui jalan tertentu.

image is not available
Navigasi di Google Maps

Kemaskini ini sudah mula dilancarakan kepada pengguna. Untuk mencubanya, pastikan anda mempunyai aplikasi Waze dengan versi terkini.

[Sumber: 9TO5Google, Waze]

The post Waze kini tunjuk laluan alternatif sebelum mula memandu sama seperti Google Maps appeared first on SoyaCincau.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved