[VIDEO] Petugas PPV zahir rasa kecewa, anak leka main online game sanggup biarkan bapa hadir terima vaksin sendirian

26 Jul 2021 • 10:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Jangan lupa follow kami di Instagram!

BAGI mencapai imuniti kelompok, semakin ramai individu sudah mendapat giliran untuk menerima vaksin terutama warga emas.

Sekiranya kita hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kebanyakan ibu bapa yang berusia akan ditemani oleh anak-anak dan perkara itu sendiri digalakkan oleh pihak kementerian.

Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang warga emas ini.

Menerusi Tik Tok seorang petugas sukarelawan, @lilowhoeversheis baru-baru ini, beliau berkongsi kisah hiba apabila menyaksikan seorang pak cik terpaksa datang seorang diri bagi melengkapkan dos keduanya.

Ujar wanita yang bernama Amelia itu, sewaktu beliau menguruskan sesi pendaftaran, warga emas tersebut sempat meluahkan rasa kesal apabila anaknya sibuk bermain permainan video dalam talian.

Lebih menyedihkan, kata Amelia, pak cik berkenaan sudah berkali-kali mengingatkan anaknya untuk bersiap bagi menghantarnya mendapatkan vaksin.

“Sudah diingatkan sejak pagi sehingga ke petang, namun masih belum siap lagi.

“Akhirnya, pak cik membuat keputusan untuk datang ambil vaksin sendiri,” katanya kepada Amelia sambil tercungap-cungap.

@lilowhoeversheisNever ending story
image is not available
image is not available##vaccine ##SokongMalaysia ##buwatjetiktok ##Shadowbanned♬ It ’s a song that imagines loneliness.(908945) – ARCADE


Kesedihan warga emas itu tidak terbendung sehingga terpaksa dipujuk dan ditenangkan gadis itu bersama beberapa rakan petugasnya lain.

Selain menzahirkan rasa simpati, petugas di PPV berkenaan turut menasihati orang ramai agar mengambil iktibar daripada kisah yang berlaku itu.

Baca juga: Petugas PPV sangka kepala wanita berdarah, disyaki didera rupa-rupanya…

“Saya nak sangat buat benda-benda macam ini kepada bapa saya tau, tapi ayah saya sudah tiada (meninggal dunia). Jadi, saya tak boleh lakukannya,” ujarnya.

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut meluahkan rasa kecewa kerana alasan anak kepada warga emas itu yang gagal menghantar bapanya memang tidak masuk akal.

image is not available

image is not availableIngatlah kita yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka seadanya. Jangan sesekali abaikan mereka.

The post [VIDEO] Petugas PPV zahir rasa kecewa, anak leka main online game sanggup biarkan bapa hadir terima vaksin sendirian appeared first on Sinar Plus.