“Lain kali Dato’ buat lawatan mengejut” – Posting IG Dr Adham Baba Pasal ‘Lagak Ngeri’ Frontliners Jadi Viral, Tapi Dah Dipadam?

Entertainment
14 Jul 2021 • 12:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Keadaan di wad kecemasan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) menjadi topik hangat sejak minggu lalu kerana masalah kekurangan katil untuk pesakit Covid-19. Terlalu ramai sehinggakan katil-katil kanvas terpaksa dibuka dan tersusun di hadapan wad kecemasan hospital itu.

Semalam, viral pula isu di mana netizen mendakwa hospital tersebut membuat ‘persiapan’ untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke sana. Beliau dilaporkan telah membuat lawatan ke Bahagian Kecemasan dan Jabatan Forensik HTAR bagi melihat sendiri keadaan di hospital terbabit.

image is not available

image is not available

Namun ada pula dakwaan di Facebook dan Twitter mengatakan pihak hospital telah mengosongkan kawasan dilawat Perdana Menteri itu sebelum ketibaannya. Pesakit yang tidur di atas katil kanvas yang sebelum ini memenuhi wad kecemasan itu didakwa telah dialihkan ke tempat yang lain.

 

Kenyataan Dr Adham Baba undang kemarahan?

Bukan isu itu sahaja yang menjadi topik bualan di media sosial tetapi juga tentang kenyataan Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba di Instagram turut mendapat perhatian netizen.

Melalui perkongsian di Twitter dan turut dikongsikan oleh seorang doktor di Facebook, Dr Adham Baba dikatakan telah memuat naik posting di Instagram susulan lawatannya ke HTAR. Namun, caption pada posting tersebut telah mengundang rasa kecewa dan marah orang ramai kerana beliau dikatakan seolah-olah menganggap keadaan di HTAR itu hanyalah ‘lagak ngeri’ petugas kesihatan.

Berdasarkan screenshot dimuat naik, beliau telah memuat naik gambar itu berserta caption,

Kebelakangan ini tular pelbagai aksi lagak “ngeri” petugas kesihatan di HTAR, Klang.”

Cerita yang disensasikan itu telah menimbulkan panik di kalangan rakyat terutamanya penduduk di Klang.”

Hakikatnya, pesakit berada di ruang kecemasan Hospital HTAR, Klang, telah dua hari dipindahkan dan menerima rawatan.”

Beliau turut menasihati rakyat agar berhati-hati apabila menerima kiriman gambar atau video yang tersebar di media sosial serta menyemak terlebih dahulu sebelum disebarkan.

image is not available

 

“Lain kali buat lawatan mengejut. Datang tengah malam, barulah nampak situasi sebenar.”

Doktor bernama Ahmad Samhan itu meluahkan kekecewaan dan rasa marah apatah lagi katanya kenyataan tersebut datang dari individu seperti beliau. Melalui Facebook, Dr Ahmad Samhan berkata,

Entahlah. Rasa kecewa. Rasa nak marah pun ada. Kalau netizen yang berkata begini saya faham.”

Tapi kalau Dato’ Sri Dr Adham Baba kata ini semata lagak ‘ngeri’ petugas kesihatan. Saya kecewa.”

Lain kali kalau Dato’ Sri nak buat lawatan, buat lawatan mengejut. Jangan beritahu sesiapa. Datang tengah malam. Barulah nampak situasi sebenar.”

Tidak dapat dipastikan sama ada akaun tersebut adalah palsu atau sebenar mahu pun jika ia digodam namun difahamkan posting tersebut telah dipadam di Instagram Dr Adham Baba itu. Meskipun begitu, screenshot sempat diambil dan kini kenyataan tersebut menjadi bualan netizen di media sosial sejak ia dimuat naik semalam.

Hopefully, beliau akan beri kenyataan lanjut berkenaan isu ini supaya ia dapat meredakan kemarahan netizen jika benar kenyataan sebegitu memang benar datang dari Dr Adham Baba sendiri.

Baca: Netizen Dakwa HTAR ‘Kosongkan’ Pesakit di Emergency Department, Tak Tunjuk Situasi Sebenar Kepada PM?

image is not available

Facebook

Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.