Tular di Facebook Bapa Didakwa Beri Isteri & Anak Minum Racun Akibat Tertekan Dengan Situasi Covid-19

16 Jul 2021 • 3:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook menunjukkan seorang lelaki yang kelihatan kecewa dan dikatakan tertekan akibat situasi penularan pandemik Covid-19. Menurut Kosmo!, kejadian itu berlaku di Seremban di mana isteri lelaki itu dan anak mereka turut berada bersamanya ketika video tersebut dirakam.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata pihaknya telah menahan pasangan suami isteri tersebut bagi membantu siasatan kerana dipercayai memberi anak meminum racun.

Melalui video berdurasi 16 minit 3 saat itu, lelaki itu dipercayai memberi minum cecair dipercayai racun kepada isteri, anaknya serta diri sendiri menggunakan picagari sebagai salah satu cara untuk mengawal tekanan.

image is not available

Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana boleh menjadi ikutan dan dorongan yang tidak baik dalam masyarakat dan unsur penganiayaan terhadap kanak-kanak.”

Pasangan suami isteri berusia 29 tahun itu telah ditahan di sekitar Seremban pada waktu yang berlainan selepas laporan polis diterima.

Suspek lelaki ditahan pada pukul 10.50 malam semalam manakala isterinya ditahan pada pukul 3.15 pagi tadi.”

Siasatan lanjut masih diteruskan, dan dalam video yang tular itu turut menunjukkan anak mereka yang berusia sembilan bulan.”

image is not available

Katanya, masyarakat dinasihati agar tidak mengambil apa-apa tindakan yang boleh mencetuskan ketidaktenteraman awam kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang. Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Baca: Tertekan Tak Ada Kerja Sebab PKP, Suami Kurung Isteri & Anak Dari Dalam Rumah

image is not available

Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.