Pesaing Magsafe versi Android akan hadir daripada Realme

Digital
27 Jul 2021 • 10:42 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Realme melalui akaun twitter mereka telah memberikan petunjuk tentang pelancaran produk baharu yang akan berlaku tak lama lagi.

Daripada beberapa maklumat berkaitan yang telah tertiris, didapati mereka akan hadir dengan produk seakan Magsafe Apple pada telefon Realme Flash.

Pengeluarnya menyatakan yang ini adalah Android pertama yang menyokong pengecasan wayarles bermagnet dan Realme menamakannya sebagai MagDart.

image is not available

Spesifikasi teknikal sama ada pengecas ataupun telefon masih lagi samar-samar, namun anda boleh jangkakan yang pengecas ini mampu bekerja melebihi 15W secara wayarles lantas bakal jadikannya terpantas di dunia, melepasi penyelesaian Apple.

Untuk telefon Realme Flash, penspekulasi menyatakan yang ia berada dalam kelas flagship dengan SoC Snapdragon 888 menjadi ayam tambatan kepada Realme. Bersama-samanya, pengguna bakal disajikan dengan RAM 12GB serta storan sehingga 256GB.

[Sumber: GSMArena]

The post Pesaing Magsafe versi Android akan hadir daripada Realme appeared first on SoyaCincau.com.