2.3 Juta Dos Vaksin Diberikan Di Selangor, Jumlah Tertinggi Antara Negeri-Negeri

15 Jul 2021 • 11:58 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

SHAH ALAM - Seramai 12 peratus rakyat Selangor telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat hari ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Melalui hantarannya di Twitter, beliau berkata setakat hari ini, sebanyak 2.3 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat Selangor menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), jumlah tertinggi bagi sesebuah negeri di Malaysia.

“Saya turut ingin memaklumkan bahawa peratus penggunaan vaksin di Selangor adalah 78 peratus berdasarkan bekalan yang diterima dari Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata baki vaksin berjumlah 618,000 dos telah diberi janji temu untuk tempoh tujuh hari mengambil kira jumlah vaksinasi harian kini mencecah 115,000. - Bernama