Kerangka Samsung Galaxy Z Flip3 Membolehkan Ia Digantung Seperti Peranti Awal Milenium

TechnologyDigital
29 Jul 2021 • 6:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Trend telefon mudah alih lewat 90an dan awal milenium ialah digantung pada leher. Pengguna Motorola StarTAC paling bergaya kerana ianya kompak dan boleh dilipat. Trend menggantung telefon pintar mungkin akan dihidupkan semula oleh Samsung Galaxy Z Flip3 apabila ia dilancarkan kelak.

image is not available

Kerangka untuk telefon pintar boleh-lipat ini telah ditiriskan oleh laman 91Mobiles. Ia mempunyai cangkuk yang besar pada bahagian engsel yang membolehkan pemilik meletakkan tali untuk digantung pula ke leher. Rekaan beberapa kerangka yang tertiris nampak agak bergaya.

image is not available

Dengan peranti dikatakan kalis air dengan piawaian IPX8, tiada isu peranti mengalami kerosakan jika ia tidak sempat disimpan dari leher ke poket. Sebagai peminat peranti awal milenium yang digantung pada leher, kami akui teruja dengan rekaan kerangka Galaxy Z Flip3 ini.