Speedtest : Kelajuan Muat-Turun Purata Malaysia Kini Mencapai 26.03Mbps Untuk Talian Mudah-Alih

TechnologyDigital
19 Jul 2021 • 5:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Speedtest kini telah mengemaskini laporan bulanan mereka, dan menambah data bulan Jun 2021 yang lepas. Melalui data yang dikeluarkan, kadar kelajuan purata untuk bulan Jun 2021 yang lepas adalah 26.03Mbps.

Kadar kelajuan muat-turun ini memperlihatkan penurunan, berbanding Mei 2021 yang mencatatkan sekitar 27.52Mbps.

image is not available

Dari segi kadar kelajuan muat-naik pula, ia kini adalah sekitar 10.35Mbps, dan dengan kadar pendam masa 36ms.

Menurut Speedtest, Malaysia kini pada kedudukan tangga ke-89 dari segi kelajuan talian mudah-alih – memperlihatkan penurunan sebanyak 3 anak tangga berbanding bulan lepas.