Google Pixel 6 Mungkin Dilancarkan Pada 13 September

TechnologyDigital
30 Aug 2021 • 4:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adakah anda peminat telefon pintar Google Pixel? Sekiranya ya kini kedengaran-ura Google Pixel 6 akan dilancarkan dalam masa dua minggu sahaja lagi iaitu pada 13 September hadapan. Pelancaran dipercayai akan dilakukan sehari sebelum Apple iPhone 13 dilancarkan tahun ini. Kedua-dua tarikh masih lagi sekadar spekulasi kerana belum disahkan secara rasmi oleh Google dan Apple.

image is not available

Googel Pixel 6 akan dilancarkan sebagai telefon pertama mereka yang menggunakan cip rekaan sendiri iaitu Google Tensor. Cip dipercayai dibangunkan dengan usaha sama Samsung. Tumpuan diberikan kepada pembelajaran mesin dan bukan sekadar kuasa memproses yang tinggi seperti cip Qualcomm. Rekaan peranti juga bukan lagi misteri kerana didedahkan sendiri oleh Google lebih awal.

Selain kawalan perkakasan lebih baik. pembangunan cip sendiri memberikan kelebihan kepada Google seperti yang dilakukan Apple serta membuka kebarangkalian peranti disokong sehingga lima tahun berbanding tiga tahun sahaja sebelum ini.

Sumber Gizmochina