Apple Dijangka Lancar iPhone 13 Pada September Ini?

Digital
30 Aug 2021 • 12:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
iPhone 13

Mesti ramai yang tengah tunggu keluaran siri iPhone terbaru kan? Apple pada tahun lalu telah melancarkan iPhone siri 12 pada bulan Oktober akibat pandemik yang melanda. Walaubagaimanapun, Apple dijangka akan lancarkan iPhone siri 13 pada bulan September sama seperti siri-siri yang sebelum ini.

BACA : Storage Selalu Penuh? iPhone Terbaru Mungkin Hadir Dengan 1TB Storage

image is not available

Terdapat beberapa laporan yang menunjukkan  tarikh pelancaran bagi iPhone siri 13 ini berlangsung pada bulan September. Menurut laman web e-commerce iaitu China IT Home, pelancaran tersebut dijangka berlangsung pada minggu kedua bulan depan.  

Dalam laporan FrontPageTech pula menunjukkan yang Apple akan menawarkan pra tempahan bermula 17 September ini dan hari jualan akan berlangsung pada 24 September nanti.

Dalam siri terbaru ini, Apple dikatakan akan hadir dengan 4 varian iaitu 13, 13 mini, 13 Pro dan 13 Pro Max. Menurut Fuzz.my, iPhone siri 13 mungkin hadir dengan paparan skrin 120Hz bersama sistem kamera yang lebih mantul.

BACA : iPhone 13 Mungkin Sokong AOD, Paparkan Info Ringkas Walaupun Skrin ‘Off’

Ada juga yang mengatakan bahawa iPhone siri 13 hadir dengan penawaran Touch ID pada skrin dan storage sebesar 1TB. Bukan tu jer, siap sokong ‘Always On Display’ yang akan memaparkan info ringkas seperti jam, notifikasi tanpa perlu membuka phone pun.

Itu semua hanyalah jangkaan semata. Apapun, sama-samalah kita tunggu sehingga Apple sendiri membuat pengumuman tentang hal ini.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

The post Apple Dijangka Lancar iPhone 13 Pada September Ini? appeared first on Oh! Media.