Samsung Dilaporkan Melakukan Penilaian Dalaman Pada Perniagaan Peranti Mudah Alih Kerana Penurunan Jualan

TechnologyDigital
7 Aug 2021 • 4:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan jualan siri Galaxy S21 adalah lebih rendah dari sasaran awal dan Samsung mula dipintas Xiaomi di beberapa pasaran utama dunia termasuk Malaysia. Kini menurut laporan The Elec, Samsung sedang melakukan penilaian dalaman barisan pengurusan perniagaan peranti mudah laih mereka akibat penurunan jualan peranti yang telah berlaku.

image is not available

Samsung biasanya melakukan penilaian dalaman setiap empat ke lima tahun bergantung kepada situasi. Tetapi penilaian dalaman istimewa akan dilakukan sekiranya pengurusan atasan merasakan terdapat masalah pada bahagian perniagaan mereka. Menurut The Elec, penilaian dalaman istimewa dilakukan sejak bulan lalu dan hanya akan berakhir pada penghujung Ogos 2021.

2020 sepatutnya menjadi tahun yang baik untuk Samsung kerana tiada lagi tekanan dari Huawei. Sebaliknya dunia dilanda wabak mengakibatkan jualan kesemua pengeluar kecuali Xiaomi turun mendadak. Xiaomi tidak terjejas kerana harga jualan peranti mereka yang sangat mesra situasi ekonomi sekarang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved