Polis Geledah Rumah Ebit Lew, Cari Bahan Bukti Bantu Siasatan Kes Gangguan Seksual

20 Aug 2021 • 10:18 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai saksi bagi membantu siasatan kes gangguan seksual, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sekali lagi menarik perhatian ramai apabila rumahnya digeledah pihak polis.

Menurut Kosmo, pihak polis telah mengesahkan menggeledah rumah pendakwah itu di Setia Alam untuk melengkapkan siasatan.

image is not available

Tiga buah kenderaan disyaki milik PDRM dilihat memasuki kawasan berkenaan kira-kira jam 4.15 petang.

Selang beberapa minit pula, kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam mempunyai logo badan kebajikan pendakwah itu memasuki kawasan perumahan.

Walau bagaimanapun, kenderaan PDRM dilihat keluar dari kawasan rumah Ebit Lew sekitar jam 5.13 petang.

 

Cari bahan bukti termasuk telefon bimbit pendakwah 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam pada itu mengesahkan yang pasukan penyiasat daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) membuat kerja-kerja penggeledahan di kediaman Ebit dalam usaha mencari bahan bukti termasuklah telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan.

Kita bukan menyerbu rumah beliau (Ebit Lew) sebaliknya hanya proses menggeledah bagi melengkapkan proses siasatan,” jelasnya.

image is not available
Kenderaan dilihat masuk ke kawasan perumahan ebit

Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada terdapat rampasan barang bagi lengkapkan siasatan itu setakat ini.

Pihak polis juga pada masa yang sama menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang penyebaran apa jua bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Apa-apapun sama-sama kita nantikan hasil siasatan ini. 

Baca: Bantu Siasatan Kes Gangguan Seksual, ‘Pendakwah Terkenal’ Ke Bukit Aman Pagi Ini

image is not available

Harian Metro

Kosmo

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.