Amazfit PowerBuds Pro Berharga RM699 Di Malaysia – Jualan Bermula 21 Ogos Ini

TechnologyDigital
16 Aug 2021 • 2:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

PowerBuds adalah produk audio yang memfokuskan kecergasan daripada Amazfit. Ia adalah versi lebih baik daripada ZenBuds dan bulan lepas PowerBuds Pro telah diperkenalkan serta disahkan akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

image is not available

PowerBuds Pro adalah sejenis TWS yang hadir dengan sensor pengimbas nadi, peringatan untuk mengubah posisi duduk untuk penjagaan kesihatan tulang belakang, ciri pendengaran pintar untuk perlindungan telinga pengguna dan turut mempunyai pembatalan hingar aktif 40db melalui tiga mikrofon terbina.

image is not available

Tiga mikrofon disertakan dengan algoritmas tersendiri untuk kualiti panggilan telefon dan fungsi pembatalan hingar tadi. Amazfit menjanjikan kualiti audio yang imersif serta dinamik, ketahanan sehingga 30 jam, dan mempunyai empat mod khas untuk penggunaan berbeza mengikut situasi.

image is not available

Amazfit PowerBuds Pro akan dijual di Malaysia pada 21 Ogos ini dengan harga RM699. Sempena promosi pelancaran, bagi yang berminat anda boleh dapatkannya pad harga diskaun RM639 di Shopee rasmi Amazfit.

Beli Amazfit PowerBuds Pro Di Shopee

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved