Jumlah jangkitan naik kepada 17,105 tetapi kes di Selangor terus menurun

3 Aug 2021 • 3:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 3 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 hari ini melonjak kepada 17,105 kes berbanding 15,764 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Namun Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes di Selangor menurun sebanyak 231 kepada 5,836 kes.

Jangkitan di Kuala Lumpur pula meningkat kepada 2,309 berbanding 1,536 kes semalam.

Pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini 1,163,291 kes.

Berikut pecahan kes negeri/ wilayah lain:

Johor – 1,275
Sabah – 1,010
Sarawak – 494
Negeri Sembilan – 816
Kedah – 1,036
Pulau Pinang –
Kelantan – 915
Perak – 967
Melaka – 508
Pahang – 628
Terengganu – 429
WP Labuan – 5
WP Putrajaya – 72
Perlis – 7

The post Jumlah jangkitan naik kepada 17,105 tetapi kes di Selangor terus menurun appeared first on Selangorkini.