SHAH ALAM, 3 OGOS: Usaha giat memutuskan rantaian penularan Covid-19 membantu mengurangkan kes harian di Selangor selama dua hari berturut-turut, kata Dato’ Menteri Besar.
Mengikut statistik Kementerian Kesihatan (KKM) kes harian di Selangor hari ini direkodkan sebanyak 5,836 jangkitan, turun berbanding 6,067 kes dicatat semalam dan 6,326 pada Ahad.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata operasi giat melawan wabak termasuk oleh Kerajaan Negeri antaranya dengan meningkatkan kadar pemberian vaksin menyumbang penurunan itu.
BERITA LANJUT MENYUSUL
The post Usaha giat Kerajaan Negeri kurangkan kes harian Covid-19 appeared first on Selangorkini.


