“Sebijik suara Google translate” – Netizen Terhibur Tengok Video Memasak Nabila Huda

Entertainment
19 Aug 2021 • 2:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang selalu menggunakan perkhidmatan Google Translate yang tersedia secara percuma oleh Google untuk menterjemahkan perkataan bahasa Inggeris ke bahasa lain dan sebagainya, pastinya korang tahu yang ia juga dilengkapi dengan fungsi ‘listen’ yang membolehkan korang mendengar perkataan yang telah diterjemahkan tersebut.

Memang kalau diikutkan, apabila fungsi listen tersebut ditekan, akan ada sejenis suara atau lenggok yang sering kita dengarkan dan tak kiralah dimana sahaja, pastinya apabila terdengar suara tersebut, kita akan tahu ianya daripada perkhidmatan terjemahan Google.

Baru-baru ini, netizen ‘dikejutkan’ dengan sebuah video masakan yang seolah-olah menggunakan suara Google Translate tersebut. Video perkongsian aktres terkenal Nabila Huda atau Abil ini ternyata mendapat perhatian ramai gara-gara caranya meniru suara penterjemahan Google tersebut.

image is not available

“Hari hujan rasa lapar, mari kita masak soft shell crab” 

Pada awalnya, ramai beranggapan bahawa suara tersebut adalah suara ‘asli’ dari Google, namun setelah didengar dengan teliti, baru ramai dapat ‘tangkap’ yang sebenarnya suara berkenaan adalah suara Abil sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Video yang dikongsikan di akaun Instagram pelakon berkenaan sudah mendapat 232 ribu tontonan sejak dimuat naik malam semalam.

Menariknya, memang kedengaran saling tak tumpah seperti suara di Google, siap dengan intonasi yang seakan-akan sama yang dilakukan oleh suara asal di perkhidmatan penterjemahan tersebut.

Kalau diperhatikan ruangan komen, ramai rakan artis dan juga peminat beliau terhibur dengan ‘tutorial’ masakan terbaru dari Abil tersebut. Difahamkan, bahan-bahan yang digunakan seperti ketam dan bahan basah lain dibeli secara atas talian je.

image is not available

image is not available

Memang sejak akhir-akhir ini, Nabila Huda rajin kongsikan videonya memasak di Instagramnya, antara masakan yang pernah dikongsi sebelum ini termasuklah bubur berlauk, dumpling, beef lasanga, mee kolok dan yang terbaru semalam adalah soft shell crab.

Harap lepas ni Abil banyak buat video guna ‘suara’ Google ni ye! 

Baca : “Produk Khairul Aming sampai luar negara”- Pelajar Uni. Edinburgh Beli Sambal Nyet Siap Bawa Jalan-Jalan Lagi

image is not available

Instagram

Instagram

Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.