MIUI Kini Digunakan Lebih 453.8 Juta Pengguna Setiap Bulan

TechnologyDigital
25 Aug 2021 • 10:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi hari ini telah mengumumkan penyata kewangan untuk suku tahunan yang lepas, dan pada masa yang sama berkongsi sejumlah statistik menarik. Salah satunya adalah berkaitan dengan perisian mereka yang ditawarkan melalui telefon pintar, dinamakan MIUI.

Menurut Xiaomi, sehingga Jun 2021 lepas, MIUI mempunyai sekitar 453.8 juta pengguna aktif setiap bulan.

image is not available

Daripada angka berkenaan, 124 juta adalah dari China, dan bakinya adalah pengguna global. Secara keseluruhan, MIUI memperlihatkan peningkatan sebanyak 32.1% berbanding tahun lepas.

Dengan Xiaomi terus berkembang pesat pada tahun ini, selain sasaran menjadi jenama nombor satu dunia, kita akan dapat melihat pengguna aktif MIUI terus berkembang pesat dalam bulan-bulan akan datang.

Bagi anda sendiri, adakah anda pengguna MIUI? Adakah anda menyukainya?