Oppo Reno 6 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
17 Aug 2021 • 7:08 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Ahli ketiga keluarga Reno 6 telah tiba di Malaysia dengan spesifikasi flagship. Oppo Reno 6 Pro akan mula dijual pada 24 Ogos 2021 pada harga RM2,999.

image is not available

Sebagai perbandingan, dua lagi Reno6 yang dilancarkan terdahulu dijual pada harga seperti beikut:

Oppo Malaysia sudahpun membuka program tempahan awal untuk memiliki Reno 6 Pro sehingga 23 Ogos 2021 ini. Setiap tempahan awal akan menerima hadiah bernilai RM1,099 yang merangkumi:

  • Oppo Enco Air
  • Mighty Mug
  • Jaminan Perlindungan Skrin 1 tahun
  • Langganan HeyTap Cloud 1TB selama 1 tahun
  • Baucar Grab RM50

image is not available

Sekiranya anda beli di luar tempoh tempahan awal pula, anda terima perkara yang sama kecuali Jaminan Perlindungan Skrin 1 Tahun.

image is not available

Anda boleh lakukan pembelian di Lazada ataupun laman rasmi Oppo.

Spesifikasi Oppo Reno 6 Pro

Reno 6 Pro miliki fizikaliti serupa dengan Reno 5 Pro. Di bahagian muka, ia ada panel paparan AMOLED sebesar 6.55". Selain menyokong HDR10+, panel ini juga miliki refresh rate setinggi 90Hz.

Paparan cantik itu diperlengkapkan dengan sepasang stereo untuk pengalaman multimedia yang baik.

image is not available

Atas papan utama, SoC yang memperkasakan telefon ini ialah Snapdragon 870 5G. dengan RAM sebesar 12GB serta storan seluas 256GB. Melalui fungsi RAM Extension, telefon ini boleh memanfaatkan sehingga 7GB storan untuk dijadikan RAM sementera.

image is not available

Di jabatan pengimejan, Oppo memang tidak kedekut dengan spesifikasi. Di belakang, anda terima 4 kamera dengan konfigurasi 50MP, 16MP (ultralebar), 13MP (telefoto), dan 2MP (makro). Selfie pula diambil dengan kamera 32MP.

image is not available

Ada macam-macam ciri kamera yang menarik dalam sistem operasi ColorOS 11.3 telefon ini. Antaranya ialah ciri Bokeh Flare yang disokong dalam mode video dan foto, dual video, dan AI Highlights.

image is not available

Membekalkan tenaga kepada Reno 6 Pro ialah bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sistem pengecasan pantas 65W SuperVOOC2.0

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

The post Oppo Reno 6 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia appeared first on SoyaCincau.com.