Oppo A16 Dengan Cip MediaTek Helio G35 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Serendah RM529

TechnologyDigital
16 Aug 2021 • 2:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo kini membawa masuk sebuah lagi penawaran model baharu di bawah siri A untuk pengguna di Malaysia. Melaluinya, Oppo A16 telah diperkenalkan dan ia boleh dimiliki pada harga RM549. Namun begitu, Oppo dilihat hadir dengan promosi masa terhad menarik yang membolehkan anda mendapatkannya pada harga lebih rendah iaitu RM529 sahaja.

image is not available

Namun begitu, perlu diingatkan harga promosi berkenaan hanya terhad untuk mana-mana yang pelanggan yang membuat pembelian Oppo A16 pada 19 – 26 Ogos 2021 sahaja. Lebih menariknya, setiap pembelian tersebut turut didatangkan dengan 32GB Strontium Micro SD Card (bernilai RM31.50) dan baucar 8”x 8” Hard Cover Photobook (bernilai RM119).

Untuk spesifikasi khusus, Oppo A16 didatangkan dengan skrin bersaiz 6.52-inci LCD dengan resolusi HD+ (720 x 1600 piksel). Ia kemudiannya dipadakan dengan cip MediaTek Helio G35, memori sebesar 3GB RAM (LPDDR4x ), storan dalaman 32GB (eMMC 5.1) dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

image is not available

Seterusnya, sistem tri-kamera yang digunakan terdiri dengan 13-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (monokrom). Kemudian, kamera hadapan 8-Megapixel turut disertakan bagi tujuan tangkapan gambar swafoto dan panggilan video. Lain-lain spesifikasi termasuklah – pengimbas cap jari sisi, Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, ColorOS 11.1 berasakan Android 11 dan lain-lain.

Oppo A16

Oppo A16