Bayar guna Boost di FoodPanda untuk terima pulangan tunai RM20

Digital
18 Aug 2021 • 6:50 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Pelanggan kini boleh membayar sebarang pembelian di FoodPanda menggunakan Boost, sama ada di laman web atau aplikasi mudah alih Android foodpanda. Ini menjadikan Boost, e-wallet pertama yang boleh digunakan di situ.

Berbelanja RM20, dapat pulangan wang RM20

Dalam pada itu, melalui kempen ‘Boost Belanja Makan’, Boost ingin memberi pulangan wang tunai 100% dihadkan kepada RM20 untuk setiap pelanggan. Anda hanya perlu berbelanja minimum RM20 di FoodPanda dan bayar menggunakan Boost untuk dapatkan pulangan wang itu.

image is not available

Pulangan tersebut akan disimpan di dalam akaun Boost anda dan boleh gunakannya untuk pesanan seterusnya.

Kempen ini berlangsung selama 3 hari sahaja, bermula 18 Ogos sehingga 20 Ogos 2021. Ia bermula dari jam 10 pagi sehingga 8 malam. Hanya 1000 pelanggan akan menerima pulangan wang, pada setiap hari dalam tempoh kempen.

View this post on Instagram

A post shared by Boost eWallet (@myboostapp)

Selain itu, dari 24 Ogos sehingga 30 November 2021, pelanggan berpeluang menerima pulangan tunai 12%, dengan had RM5, apabila berbelanja minimum RM20. Seorang pengguna hanya layak terima dua pulangan tunai dalam masa sebulan sepanjang tempoh kempen.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti rangkaian media sosial rasmi Boost di Facebook dan Instagram serta laman sesawang rasminya di sini.


The post Bayar guna Boost di FoodPanda untuk terima pulangan tunai RM20 appeared first on SoyaCincau.com.