TNG eWallet Mengaktifkan Ciri Akaun DuitNow Untuk Pengguna – Memudahkan Anda Terima Pemindahan Dari Akaun Bank

TechnologyDigital
27 Aug 2021 • 2:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Touch ’n Go eWallet kini telah menambah sebuah lagi ciri baru pada dompet digital mereka, iaitu sokongan akaun DuitNow untuk para pengguna. 

image is not available

Berbeza dengan sebelum ini sekadar penawaran sokongan pemindahan dan pembayaran untuk DuitNow QR, melalui ciri baharu ini, setiap pengguna diberikan akaun DuitNow yang boleh dipautkan ke nombor telefon anda.

image is not available

Nombor akaun DuitNow ini berfungsi untuk memudahkan anda menerima dana dan wang dengan mudah ke akaun TnG eWallet terus tanpa memerlukan anda membuat pemindahan ke akaun bank, dan seterusnya membuat tambah-nilai.

Pengenalan ini semestinya disukai ramai pengguna, terutamanya yang aktif menggunakan TNG eWallet.

Selari dengan pengenalan ini, kini pihak bank turut menyediakan kebolehan pemindahan wang dengan pilihan akaun TNG eWallet pada perkhidmatan perbankan atas-talian masing-masing.

image is not available

Dengan pengenalan pihak TNG eWallet ini, mungkin kita akan melihat pelbagai penyedia dompet digital lain turut memperkenalkan ciri lebih kurang sama, dan mungkin kita akan melihat pengenalan lebih banyak ciri integrasi DuitNow menarik pada dompet digital.