Clubhouse Kini Menyaksikan Sekitar 600,000 Bilik Audio Aktif Setiap Hari

TechnologyDigital
2 Aug 2021 • 1:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Clubhouse merupakan salah satu perkhidmatan sosial yang telah mempopularkan interaksi berasaskan audio – dalam bentuk perbincangan, dan disertai oleh pendengar. Ia telah dimulakan dalam bentuk jemputan, sebelum baru-baru ini Clubhouse membuka akses terbuka untuk semua pengguna.

Menyentuh mengenai Clubhouse hari ini, mereka mengatakan kini perkhidmatan berkenaan menyaksikan sekitar 600,000 bilik audio dibuka untuk perbualan dan perbincangan pada setiap hari.

image is not available

Ini adalah peningkatan sekali ganda berbanding bulan Mei lepas yang menyaksikan sekitar 300,000 bilik sehari.

Pada masa yang sama, Clubhouse kini turut menawarkan beberapa kemaskini kepada Club dalam perkhidmatan berkenaan, dan pengurusan ahli di dalamnya.

Selain Clubhouse, pihak Twitter turut memfokuskan arena audio melalui Twitter Spaces, selain Facebook turut telah mula menguji Audio Rooms di beberapa buah negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved