“Paling rare!” – Viral Video GF Terbang Masuk Dalam Kereta, Netizen Puji Effort TikToker Ni!

Entertainment
18 Aug 2021 • 2:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Out of the box! Itulah antara komen yang diberikan netizen sebaik mereka melihat video yang dihasilkan seorang pengguna media sosial dari Indonesia ini.

Menerusi perkongsian Alfy Saga di TikTok, dia telah memuat naik satu video yang memaparkan seorang lelaki sedang memandu kenderaan.

Pada awalnya memang video ini nampak normal tapi korang tiba-tiba akan merasa pelik bila melihat susuk seorang wanita bertudung kuning terbang ke tingkap kereta dan cuba memasuki kenderaan tersebut.

image is not available

Namun selepas berjaya memasuki kereta itu, video memaparkan situasi di belakang tabir ketika video tersebut dirakam.

Kelihatan beberapa orang ‘krew’ sedang menggerakkan pokok, mengibas angin dan juga paling rare ialah bila korang nampak ada krew tengah ‘memancing’ kapal terbang!

@alfyfatmasaga

#fyp #foryoupage

♬ suara asli – pandu bone – pandu bone

Sebelum nampak ‘behind the scene’ mesti korang ingat kapal terbang dengan pokok tu real kan. Haha! 

 

“Dalam banyak-banyak yang ni paling rare”

Trend melakukan video dengan belakang tabir seperti ini sebenarnya dah viral pun dan ramai di kalangan TikTokers yang melakukannya.

Namun boleh dikatakan video yang kali ini paling uniklah sebab ia di luar jangkaan netizen yang menontonnya.

image is not available

Tak pernah tak terhibur tengok video kat TikTok ni kan! Semuanya kreatif!

Baca: “Mana Upin Ipin??” – Jalan Kaki 2 Minit Masuk Malaysia, TikTok Lelaki Indonesia Buat Netizen Geli Hati

image is not available

TikTok

TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.