Konsol Microsoft Xbox Bakal Menerima Mod Gelap

TechnologyGamingDigital
9 Aug 2021 • 10:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mod gelap menjadi ciri standard pada telefon pintar, komputer, tablet dan jam tangan pintar. Kita semua tidak mahu retina terbakar dengan skrin putih ketika menggunakannya pada waktu malam dengan lampu telah dimatikan. Kini ciri mod gelap ini akan diperkenalkan pula pada konsol Microsoft Xbox.

image is not available

Ujian beta telah dimulakan pada Xbox minggu ini dengan keterangan skrin, lampu LED konsol dan lampu LED pada alat kawalan permainan boleh dikurangkan bagi mengelakkan silau ketika sesi permainan di waktu malam. Ia walau bagaimanapun hanya diaktifkan pada konsol yang menggunakan bahasa Inggeris sahaja pada waktu ini.

Kemas kini yang seakan remeh tetapi sebagai insan yang banyak memainkan konsol pada waktu malam ini ialah ciri yang sebenarnya kami inginkan menjadi standard pada semua konsol.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved