Selamat Tinggal Twitter Fleets – Ciri Seumpama “Stories” Yang Jarang Diguna Ramai Di Twitter

TechnologyDigital
3 Aug 2021 • 1:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter hari ini, secara rasminya telah mula membuang ciri Fleets pada aplikasi mudah-alih mereka. Daripada percubaan kami, ciri Twitter Fleets telah dimatikan pada peranti Android kami, tetapi masih boleh diakses buat masa ini melalui iPhone.

image is not available

Untuk makluman, Twitter Fleets merupakan penawaran ciri seumpama “Stories” yang disediakan pada Twitter. Ia membolehkan pengguna berkongsi kandungan yang hilang dipadamkan dalam tempoh 24 jam.

Twitter sedia mengumumkan sebelum ini yang mana mereka akan menamatkan ciri berkenaan pada 3 Ogos, dan seperti dijanjikan ia telah mula dimatikan.

Selepas ini, Twitter dilihat akan lebih memfokuskan kepada ciri Twitter Spaces yang menawarkan sokongan perbualan audio pada platform berkenaan.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan merindui Twitter Fleets ini?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved