TuneTalk Kini Tawar 35GB Data Dan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM35 Sebulan

TechnologyDigital
24 Aug 2021 • 4:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TuneTalk sedia menawarkan pelan tanpa had mereka pada harga RM48 sebulan. Namun, sekiranya anda tidak inginkan penggunaan data sebanyak itu, kini pihak TuneTalk turut hadir dengan pelan Hi-25 dan Hi-35.

TuneTalk Hi-35 hadir dengan penawaran waktu terhad untuk data sebanyak 35GB sebulan, dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian pada harga RM35 sebulan.

Disamping itu, TuneTalk Hi-25 turut disediakan yang menyediakan data 25GB sebulan dan panggilan tanpa had ke talian TuneTalk pada harga RM25 sebulan.

image is not available

Pengguna akan dihadkan kelajuan kepada 64kbps selepas kuota data habis digunakan – atau turut boleh memilih untuk membeli tambahan data pada harga RM3 untuk 1.5GB data.

Bagi pengguna TuneTalk, boleh menyemak aplikasi rasmi hari ini dalam melanggan pelan baharu ini.