Spotify memperkenalkan lebih banyak pelan premium untuk pengguna mendengar muzik di platformnya tanpa iklan. Dua pelan terbaharu ialah:
- Premium harian RM1
- Premium mingguan RM3.90

Berkemungkinan besar data pengguna Spotify menunjukkan yang ada hari-hari platform itu menerima trafik tinggi luar biasa dan ingin menarik lebih ramai pengguna dengan pelan harian.

Berikut adalah senarai semua pelan premium Spotify yang ada:
- Premium Mini harian RM1
- Premium Mini mingguan RM3.90
- Premium Individual bulanan RM14.90
- Premium Duo bulanan RM19.80
- Premium Family bulanan RM23.80
Spotify HiFi salurkan audio pada kualiti lossless, servis akan hadir tak lama lagi
Daripada mengumumkan lebih banyak plan, lebih baik mereka lancarkan Spotify HiFi yang kini sudah masuki bulan ke-6 daripada ia diumumkan. Spotify HiFi akan membolehkan muzik didengari dalam kualiti CD ataupun bitrate yang tinggi.
The post Spotify Premium pelan harian ditawarkan pada harga RM1 appeared first on SoyaCincau.com.
