Oppo Reno6 Pro Dengan Cip Snapdragon 870 Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
12 Aug 2021 • 2:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebuah lagi telefon pintar di bawah siri Oppo Reno6 bakal ditawarkan di Malaysia tidak lagi. Telefon pintar yang dimaksudkan adalah Oppo Reno6 Pro dan kehadirannya telah sedia diacah dalam satu poster rasmi di media sosial rasmi Oppo.

image is not available

Apa yang pastinya, ia juga pastinya bakal meneruskan tradisi siri Reno yang mengutamakan ciri kamera bersama prestasi lebih baik. Menurut Oppo, telefon pintar berkenaan bakal ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Arctic Blue dan Lunar Grey dengan sokongan skrin melengkung 3D. Di samping itu, ia juga akan dipadankan dengan sokongan cip pemproses 870, memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB yang menjanjikan pengalaman penggunaan yang memuaskan.

Buat masa ini, Oppo masih berteka-teki mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaannya untuk pasaran tempatan. Namun begitu, kekal setia dengan kami di Amanz kerana kami pastinya akan berkongsi kemaskini selanjutnya apabila informasi berkaitan diumumkan kelak – termasuk harga jualannya.

Sumber : Oppo Malaysia