Google Maps Bakal Menyokong Ciri Harga Anggaran Tol Untuk Perjalanan Ke Destinasi

TechnologyDigital
25 Aug 2021 • 12:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Maps ialah antara aplikasi pemetaan dan navigasi yang kerap digunakan kerana ianya percuma dengan maklumat yang agak tepat. Tetapi dari segi ciri tambahan, ia kelak di belakang aplikasi lebih popular seperti Waze. Tetapi menurut laporan Android Police, Maps kelak akan akhirnya menyokong satu ciri penting bagi mereka yang duduk di kawasan bandar seperti Lembah Klang.

image is not available

Ciri memaparkan anggaran harga tol akan akhirnya diberikan. Notifikasi ia akan hadir diberikan kepada peserta Google Maps preview minggu ini. Ia pastinya ciri yang penting kerana di Kuala Lumpur misalnya hampir mustahil mengelakkan tol dan ada sesetengah tol hanya menerima sistem nirtunai. Dengan adanya anggaran dompet digital boleh dikemaskini dengan nilai yang mencukupi.

Waze sudah menyokong anggaran harga tol di Malaysia sejak 2019. Sedikit demi sedikit ciri dari Waze dipinjam oleh Maps. Ini ialah tindakan yang wajar memandangkan ada segelintir pengguna di Malaysia enggan menggunakan Waze atas sebab-sebab tertentu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved