Aplikasi Binance Kini Tidak Lagi Boleh Dimuat-Turun Pengguna Malaysia

TechnologyDigital
13 Aug 2021 • 8:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selari dengan pengumuman pihak Binance hari ini, ia dilihat mereka juga telah nyah-senaraikan penawaran aplikasi Binance untuk Android dan iPhone daripada kedai aplikasi masing-masing.

image is not available

Ini bermakna, pengguna akan menghadapi masalah untuk kemaskini aplikasi, selain pada masa yang sama pengguna baru tidak lagi boleh memuat-turun aplikasi berkenaan.

Langkah ini diambil Binance selari dengan arahan pihak berkuasa Malaysia. Buat masa ini, hanya empat DAX yang diberikan lesen beroperasi di Malaysia, termasuk yang paling popular adalah Luno.

Selain membuang akses ke aplikasi Binance di Android dan iPhone, pihak Binance turut telah menyatakan yang mana mereka akan mengehadkan penawaran produk di Malaysia bermula 16 Ogos 2021 ini.