“Welcome home CR7” – Cristiano Ronaldo Kembali Ke Manchester United Lepas Sedekad Merantau

Football
28 Aug 2021 • 10:12 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyokong dan peminat kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United boleh menarik nafas lega selepas legenda mereka Cristiano Ronaldo bakal beraksi semula bersama kelab itu.

Perkara itu disahkan oleh Manchester United melalui akaun Twitter @ManUtd pada tengah malam semalam waktu Malaysia, dengan yuran perpindahan sebanyak €20m.

Manchester United telah mencapai kata sepakat dengan Juventus untuk perpindahan Cristiano Ronaldo, tertakluk kepada persetujuan peribadi, visa dan kesihatan”

Terdahulu, pemain berdarah Portugal itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Manchester City, beberapa jam sebelum persetujuan bersama Manchester United dicapai. Rata-rata penyokong berasa marah dan kecewa pemain legenda kelab kegemaran mereka sanggup berpaling tadah dengan seteru utama pasukan itu.

Namun segalanya berubah selepas pengumuman kelab mengesahkan pemain berusia 36 tahun itu bakal kembali menguatkan pasukan Manchester United.

image is not available

Ronaldo mengikat kontrak bersama kelab lamanya selama dua tahun bermula musim ini dan dijangka bakal beraksi selepas selesai tempoh penilaian kesihatan.

Untuk rekod, Ronaldo meninggalkan kelab itu pada tahun 2009 untuk ke Real Madrid dan kemudiannya ke Juventus sebelum memilih untuk kembali ke Manchester United.

Memang seronok lah fans Manchester United lepas ni, legend is back!

 

Baca: [VIDEO] Aksi Cristiano Ronaldo Masa Sidang Media Ni Buat Coca-Cola Rugi 4 Bilion Dollar

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.