Pengunjung CES 2022 Perlu Menunjukkan Bukti Telah Menerima Vaksin Covid-19

TechnologyDigital
18 Aug 2021 • 10:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Consumer Electronic Show (CES) di Las Vegas ialah antara acara teknologi yang terbesar di dunia dengan ratusan ribu pengunjung. Untuk CES 2022, penganjurnya Consumer Technology Association (CTA) mengumumkan pengunjung perlu menunjukkan bukti mereka telah menerima suntikan vaksin Coviod-19 sebelum dibenarkan hadir.

image is not available

Langkah diambil berdasarkan pemahaman sains terkini bahawa vaksin dan langkah keselamatan tambahan dapat menghalang penyebaran Covid-19 di kalangan peserta. Pada waktu yang sama penganjur turut akan mempertimbangkan menerima bukti tubuh mempunyai antibodi positif. CTA akan mengumumkan prosedur tambahan yang lebih terperinci di masa hadapan mengikut yang disarankan oleh CDC.