“F*ck you!” – Staf PPV Kena Maki Sebab Tak Boleh Tolong ‘Adjust’ Buatkan Sijil Vaksin Tipu

Entertainment
11 Aug 2021 • 4:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa kelonggaran kepada individu yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19. Selepas ini, mereka yang sudah dibenarkan merentas daerah hanya perlu menunjukkan sijil digital vaksin ketika ditahan di sekatan jalan raya.

Namun, apa yang mengecewakan adalah apabila ada pihak tidak bertanggungjawab dilaporkan menjual sijil digital vaksin palsu kepada orang ramai di media sosial dengan harga RM15. Bukan itu saja, seorang petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan individu anti vaksin yang memintanya untuk tukar status vaksinasi di aplikasi MySejahtera.

image is not available

 

Taknak vaksin tapi nak keluar sijil di MySejahtera

Menurut Nor Azlin, individu tersebut telah menghubunginya di Whatsapp dan meminta tolong untuk ‘adjust’ status vaksin di aplikasi MySejahtera.

Dia kata dia taknak divaksin. Tapi nak di MySejahtera dia keluar sijil yang dia telah divaksin.”

Tak pernah lagi sepanjang berkhidmat di PPV ada orang Whatsapp nak minta tolong yang pelik pelik macam ni.”

image is not available

 

Bukan taknak cucuk tapi tak percaya vaksin

Berdasarkan perbualan di Whatsapp, individu tersebut berkata dia bukan tidak mahu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 tetapi dia tidak percaya dengan vaksin.

Kawe bukan toksey cocok tapi kawe ni tak cayo ko vaksin. Semua ni ada agenda yahudi demo tahu dop!!”

Kalu boleh biar dalam MySejahtera kawe nampak macam vaksin dah tapi hakikatnya kawe tak vaksin lagi. Haa gitu laa!!”

image is not available

 

Kalau bayar 2 juta pun tak akan bantu

Menurut Nor Azlin lagi, dia akui berasa kecewa selepas mendengar permintaan tidak masuk akal tersebut. Malah katanya, jika dibayar dengan harga yang tinggi sekali pun, dia tidak akan membantu individu tersebut.

Kalau pun tuan bayar saya 2 JUTA sekali pun, saya tak akan bantu tuan. Tuan seolah olah tak menghormati kerja kami buat dan menganggap permintaan tuan itu satu permintaan yang remeh.”

image is not available

Dia bagaimanapun menolak permintaan tersebut dengan baik dan menjelaskan mengapa dia tidak boleh membantu individu itu seperti yang dimahukan. Namun, individu tersebut kemudian menghemburkan kata kesat kepada Nor Azlin membuatkannya bertindak untuk block individu terbabit.

image is not available

Nor Azlin melalui status di Facebook itu turut berpesan kepada individu berkenaan untuk menjaga bahasa dan tutur kata serta menghormati pekerjaan orang lain.

Jaga lah bahasa tuan. Saya tahu saya cuma seorang sukarelawan di PPV. Tapi kita perlu menghormati semua orang tak kira lah dia tu siapa sekali pun.”

Saya mohon maaf sebab saya block tuan.”

Baca: “Mcm mana pihak berkuasa nak tau tulen atau palsu?” – Ada Pihak Jual Sijil Digital Vaksin Palsu di Media Sosial

image is not available

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.