Fitbit Charge 5 diumum; spesifikasi menarik, harga menaik

Digital
26 Aug 2021 • 1:07 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Fitbit Charge 5 dikatakan sebagai gelang penjejak kesihatan paling canggih pernah dihasilkannya. Ia mengekalkan manfaat daripada Charge 4 disamping membawakan beberapa pembaharuan yang dialu-alukan.

image is not available

Paling ketara adalah pada penggunaan skrin OLED untuk paparan berwarna yang terang. Bagusnya pada naik taraf ini adalah ia tidak mengorbankan hayat bateri berbanding sebelum ini. Kedua-duanya memberikan sehingga 7 hari waktu penggunaan, bergantung kepada pola penggunaan.

image is not available

Gelang ini turut boelh mengesan tahap tekanan pemakai melalui teknologi Eletrodermal Activity dan menyarankan apa yang boleh dilakukan untuk menguraikannya. Walau bagaimanapun, fungsi ini memerlukan langganan Fitbit Premium untuk berfungsi sepenuhnya.

Komponen GPS masih dikekalkan daripada model sebelumnya, menjadikan gelang ini yang kedua ada fungsi penjejak seleas Charge 4. Berikut adalah senarai sensor yang dipadatkan dalam seunit Charge 5:

  • Akselerometer 3 paksi
  • Pengimbas nadi optikal
  • GPS + GLONASS
  • SpO2
  • Suhu
  • NFC
  • Altimeter

Ada tiga jenis tali boleh anda pasang untuk dipadankan bersama Fitbit Charge 5, tali sukan, hoop & loop, dan kulit.

image is not available

Fitbit Charge 5 boleh didapati dalam pasaran Malaysia pada harga RM878. Untuk perbandingan, Fitbit Charge 4 dilancarkan di sini pada harga RM698.

Fitbit di Lazada

Fitbit di Shopee

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.