Instagram Akan Mematikan Ciri “Swipe Up” Untuk Layari Pautan Pada 30 Ogos

TechnologyDigital
24 Aug 2021 • 1:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram kini telah mula memaklumkan para pengguna yang mana mereka akan menamatkan ciri “Swipe Up” untuk mengakses sesuatu pautan luar pada 30 Ogos 2021 kelak. Sebagai alternatif, pengguna akan diperlukan menggunakan pelekat (Sticker) khusus untuknya.

image is not available

Sebelum ini, pengguna boleh menambah pautan pada sesuatu Instagram Stories, dan penonton lain boleh mengakses pautan berkenaan dengan “Swipe Up” pada Instagram Stories berkenaan.

Buat masa ini, ciri pautan dalam bentuk pelekat masih diuji dikalangan segelintir pengguna – dan dengan langkah ini, kita mungkin melihat pengenalannya meluas kepada semua.