Aplikasi Facebook Akan Kembali Menyokong Panggilan Suara dan Video Secara Terbina

TechnologyDigital
24 Aug 2021 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suatu ketika dahulu pengguna Facebook boleh melakukan panggilan suara dan video terus dari dalam aplikasi telefon pintar. Kemudian ciri ini memerlukan pengguna memuat turun aplikasi Messenger terlebih dahulu untuk digunakan pada tahun 2014. Kini menurut laporan Bloomberg kedua-dua ciri akan dikembalikan ke aplikasi Facebook secara terbina.

image is not available

Ujian telah dimulakan oleh Facebook kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu sejak semalam. Dengan ini pengguna tidak perlu memuat turun satu lagi aplikasi tambahan semata-mata untuk melakukan panggilan suara dan video dengan pengguna Facebook yang lain. Ini mungkin langkah pertama untuk akhirnya menyatukan penggunaan sistem pemesejan di antara pengguna Facebook, Instagram dan WhatsApp yang sepatutnya berlaku tahun lalu tetapi sehingga kini tidak berlaku.