Samsung Sendiri Dilihat Meniriskan Galaxy S21 FE Melalui Perkongsian Instagram

TechnologyDigital
10 Aug 2021 • 1:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung pada tahun lepas telah memperkenalkan Galaxy S20 FE yang hadir dengan harga kompetitif, dan penawaran spesifikasi menarik. Di Malaysia sendiri, kini ia boleh didapati pada harga dibawah RM2,000 dan membolehkan pengguna menikmati pelbagai ciri-ciri menarik yang dibawakan peranti mercu Samsung, selain dijana cip Snapdragon.

Untuk tahun ini, Samsung dijangka meneruskan tradisi berkenaan dengan pengenalan Galaxy S21 FE.

Mengikut info awal, untuk bulan Ogos ini, Samsung bakal memfokuskan kepada siri telefon boleh-lipat, dan bukannya Galaxy S21 FE.

Tetapi, ia dilihat pihak Samsung membuat kesilapan dan tersilap menerbitkan gambar telefon Galaxy S21 FE melalui akaun Instagram mereka. Ia memperlihatkan rekaan belakang Galaxy S21 FE yang membawakan warna kerangka dan juga warna bahagian kamera yang sama, disamping lampu LED diluar bingkai kamera.

image is not available

Buat masa ini, spesifikasi penuh berkaitan dengannya tidak diterbitkan Samsung. Malah, Samsung kini dilihat telah memadam terbitan berkenaan.

Sebelum ini, beberapa desas-desus hadir mengatakan Samsung mungkin menangguhkan pengenalan Galaxy S21 FE kerana masalah kekurangan cip.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved