“Kalau buat cepat delete” – Wanita Ingatkan 3 ‘Pantang Larang’ Bila Dah Lengkap 2 Dos Vaksin

12 Aug 2021 • 2:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sehingga kini, dilaporkan sebanyak 40% dari populasi orang dewasa di Malaysia telah menerima dua dos vaksin COVID 19.

Bagi korang yang dah lengkap dua dos tu, mesti korang dah dapat sijil digital vaksinasi di MySejahtera kan?

Sijil digital ini amat penting sebab ia akan diperiksa oleh pihak berwajib bagi negeri-negeri di Fasa 2 ke atas untuk mereka menjalani urusan kehidupan seharian seperti dine-in di kedai makan dan juga merentas daerah dan negeri selepas mendapat kebenaran.

image is not available

Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini muncul pula berita mengenai pemalsuan sijil digital vaksinasi dan ada pula pihak menawarkan perkhidmatan percetakan sijil tersebut dengan harga serendah RM15. Pulak dah! 

image is not available

 

Tiga pantang larang bila dah lengkap dos vaksin

Menerusi perkongsian TikTok @dayanakemesky, ada tiga perkara yang korang dilarang buat selepas lengkapkan dua dos vaksin COVID 19.

  • Jangan tunjuk status MySejahtera 
  • Jangan muat naik sijil digital vaksinasi 
  • Jangan dedahkan nombor kad pengenalan dan nombor batch vaksin 

@dayanakemesky

Don’t do this when you completed your vaccine image is not availableimage is not available#techtok #jombelajar #tiktokguru #learnontiktok #cybersecurity

♬ follow me on twitch LCH242 – lloydimage is not available

Menurut pengguna TikTok ini yang juga seorang jurutera teknologi maklumat, perkara tersebut jika didedahkan akan membuka ruang kepada ‘pencuri identiti’ dan juga penggodam. Uish bahaya ni! 

 

“Anyone pernah buat? Kalau ada cepat padam balik” 

Video tersebut telah berjaya memberi peringatan kepada para netizen yang mana rata-ratanya mengakui mereka pernah memuat naik sijil digital vaksinasi dan juga status MySejahtera di media sosial.

image is not available

Apa-apapun harap kita semua beringatlah supaya tidak mendedahkan info peribadi diri agar tidak menjadi sasaran para hackers dan pencuri identiti di luar sana. 

Baca: “F*ck you!” – Staf PPV Kena Maki Sebab Tak Boleh Tolong ‘Adjus’ Buatkan Sijil Vaksin Tipu

image is not available

Twitter

Malaysiakini

TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.