Tak Nampak Kelibat Patung Dinosaur, Nabila Razali Bersendirian Suntik Dos Kedua Vaksin

Entertainment
26 Aug 2021 • 10:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi dan juga pelakon, Nabila Razali khabarnya telah selesai mengambil dos kedua vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM) pada Selasa lalu.

image is not available
ARTIKEL BERKAITAN Tiada Keperluan Bawa Bantal Dinosaur Di PPV, Nabila Razali Dikecam Netizen, Siap Rakam Video

Momen-momen tersebut turut dikongsi penyanyi lagu Peluang Kedua itu di laman Instagram miliknya untuk tatapan umum.

View this post on Instagram

A post shared by ? (@nabila.razali)

Tampil bergaya dengan jaket dan seluar berona biru, apa yang lebih menjadi tumpuan peminat adalah keberadaan patung dinosaur bernama ‘Joongki’ yang pernah dibawanya ketika suntikan dos vaksin yang pertama dahulu.

Terdahulu, Nabila Razali dikecam dan dikritik kerana membawa patung dinosaur itu dan dianggap sebagai mengada-ngada.

View this post on Instagram

A post shared by ? (@nabila.razali)

Dalam pada itu, Nabila meluahkan rasa syukur apabila dirinya sudah lengkap dua dos dan turut memberi penghargaa kepada semua warga PPV UM.

Dia juga menyeru orang ramai agar segera mendapatkan vaksin dalam usaha untuk mencapai imuniti kelompok bagi memerangi COVID-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tak Nampak Kelibat Patung Dinosaur, Nabila Razali Bersendirian Suntik Dos Kedua Vaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.