COVID: 21,468 Kes Baharu, Selangor Kekal Tertinggi - KP Kesihatan

13 Aug 2021 • 3:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jumlah kes baharu COVID-19 hari ini terus berada di atas 20,000 dengan 21,468 kes direkodkan. - Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 di negara ini menurun sedikit kepada 21,468 kes hari ini berbanding 21,668 dilaporkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Dr Noor Hisham berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,363,683 berbanding 1,342,215, semalam. 

Beliau berkata Selangor kekal menjadi negeri merekodkan kes tertinggi berjumlah 7,449 kes diikuti Kuala Lumpur (2,183), Kedah (1,807) , Sabah (1,654) dan Johor (1,485).

Sebanyak 1,316 kes pula direkodkan di Pulau Pinang, Kelantan (1,088), Negeri Sembilan (974), Perak (940), Melaka (723), Sarawak (715), Pahang (572), Terengganu (440), Putrajaya (66), Perlis (50) dan Labuan (enam). - Bernama