Spesifikasi Peranti Google JioPhone Next Tertiris – Snapdragon 215, 13MP, Android 11 Go Dan Berharga Sekitar RM200

TechnologyDigital
18 Aug 2021 • 12:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua bulan lalu, Google dan Jio telah mengumumkan kerjasama untuk hadir dengan telefon pintar mampu milik JioPhone. Ia bukannya peranti Pixel atau Android One, sebaliknya sebuah peranti Android mampu milik yang menjalankan Android Go. Ia juga disasarkan untuk dijual secara lebih meluas dan bukan terhad di India sahaja.

image is not available

Peranti ini adalah JioPhone Next dan baru-baru ini spesifikasi peranti ini telah tertiris. Ia didakwa hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci HD, hanya menyokong LTE dan dijana oleh cip Qualcomm Snapdragon 215. Gandingan memori adalah mencapai 3GB RAM dengan storan dalaman sehingga 32GB jenis eMMC 4.5.

image is not available

Perisian adalah Android 11 Go, sensor kamera utama adalah 13MP OmniVision dengan kamera swafoto 8MP, serta bateri 2500mAh. Peranti dengan nombor model LS-5701-J ini dikatakan mungkin dijual pada harga sekitar Rs. 3,499 iaitu dalam lingkungan RM200 sahaja.

Kita mungkin akan tahu perkembangan lanjut tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.