Reno6 Pro: 6 benda yang perlu anda cuba pada Reno terhebat daripada OPPO

Digital
18 Aug 2021 • 3:55 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia

OPPO Reno6 Pro ialah ahli terbaharu dalam keluarga Reno6. Sebelum model ini, OPPO sudah memperkenalkan Reno6 dan Reno6 Z dalam pasaran kita. Daripada segi spesifikasi, Reno6 Pro adalah yang paling berkuasa dalam kalangan ahli keluarganya.

image is not available

Bila anda dah dapat Reno6 Pro tempahan anda nanti, ini adalah 6 perkara yang saya sarankan anda cuba sejurus anda buka kotaknya.

1.Cuba 4 ciri kamera ini

Cinematic Bokeh Flare

Biasanya, hal-hal kesan bokeh ini hanya boleh didapati pada kamera mahal saja. Kalau ada di telefon pun, ia cumalah dalam mode foto sebab untuk lakukannya pada video, kuasa pemprosesan yang tinggi diperlukan.

image is not available

Tapi di OPPO Reno6 Pro, bokeh flare boleh digunakan pada kedua-dua mode foto dan video untuk kesan kabur cantik.

image is not available

Gunakan saja ciri Bokeh Flare tak kira siang dan malam, hasilnya tetap mengagumkan.

image is not available

image is not available

AI Highlight Video

AI Highlight akan pastikan video yang anda ambil cukup cerah, cerah untuk subjek dan cerah juga untuk latar. Ia akan menganalisis bingkai demi bingkai secara masa nyata, mengenal pasti subjek dan melakukan perubahan dedahan supaya video sentiasa cantik.

image is not available

Dual View Video

Kaki Tiktok memang sesuailah dengan fungsi ini. Bila anda nak buat video reaksi secara langsung, dua kamera sekaligus akan digunakan tanpa perlu peralatan tambahan.

image is not available

Ada beberapa jenis susunan video boleh anda pilih mengikut kesesuaian.

image is not available

Focus Tracking

Saya dapati ciri Focus Tracking adalah yang paling berguna. Sekiranya anda bersendirian nak ambil gambar, ada masanya anda perlu pegang subjek dan letakkannya di lokasi tertentu semasa framing mengikut rule of third.

image is not available

Kebanyakan kamera lain, titik fokusnya berada di tengah. Kalau fokus di bahagian lain, beberapa ketika kemudian, titik fokus itu akan kembali ke tengah.

Dengan ciri fokus tracking, titik fokus akan sentiasa mengekori subjek selagi ia berada dalam sudut pandang kamera.

2. Suntik 7GB RAM tambahan

OPPO Reno6 Pro didatangkan dengan RAM 12GB. Namun begitu, pengeluarnya mendatangkan telefon ini dengan ciri RAM Expansion. Dengan ciri ini, RAM boleh diperluas kepada sehingga 19GB dengan mengambil sedikit ruang pada storan.

image is not available

Jadi, bolehlah anda jalankan pelbagai aplikasi telefon dalam satu masa. Tak luakpun storan penyimpanan sebab Reno6 Pro ada 256GB ruang yang boleh mengisi pelbagai data.

3. Main game pada tetapan paling tinggi

Selain RAM dan storan luas, Reno6 Pro diperkasa SoC Qualcomm Snapdragon 870 5G yang berkuasa.

image is not available

Tiada masalah pun kalau anda nak main PUBG Mobile pada tetapan paling tinggi dan masih menikmati kadar segar semula 90Hz yang ditawarkan paparannya.

image is not available

4. Rasai gegaran bila menggunakan telefon

Sistem gegaran pada telefon ini adalah daripada jenis motor berpaksi tunggal. Ia adalah antara yang pertama dalam siri OPPO Reno kerana sebelum ini, motor gegaran ini hanya ada di siri premium seperti OPPO Find X.

image is not available

Ia menggantikan sistem motor berputar yang bukan sahaja besar, malah memberikan gegaran yang rasa kurang premium jika dibandingkan motor linear berpaksi tunggal ini.

image is not available

Sewaktu anda bermain PUBG Mobile, cuba rasai gegaran bila anda menembak, anda akan tahu apa maksud saya.

image is not available

Andainya anda dah bosan dengan PUBG Mobile, cuba lancarkan Genshin Impact. Anda akan dapati yang pengalaman sangat lancar boleh dirasai.

image is not available

Hal ini kerana, mereka telah memperkenalkan ciri HyperBoost 4.1 bagi mengoptimumkan penggunaan CPU, GPU, serta system oeprasi supaya anda dapat bermain dengan selesa tanpa perlu diganggu oleh grafik yang tersangkut-sangkut ataupun notifikasi luar.

image is not available

5. Berehat dengan O Relax

O Relax adalah APP unik yang ada dalam barisan telefon OPPO, termasuklah pada Reno6 Pro. Apabila anda dilanda hari yang menekankan, lancarkan saja APP ini untuk mendengar bunyi-bunyian yang menenangkan.

image is not available

Lebih bagus kalau anda tambatkan telefon dengan headfon dan dengar bunyian alam ataupun bunyi bandaraya-bandaraya terkenal seandainya anda merindui tempat yang pernah anda kunjungi dulu.

image is not available

6. Sentuh bahagian belakang telefon

Kemasan belakang OPPO Reno6 Pro ini ada namanya yang tersendiri iaitu OPPO Reno Glow. Bila anda sentuh bahagian belakang telefon ini, anda akan anggapnya baik kerana tidak mudah comot. Bukan saja tidak mudah comot, pola pantulan cahaya juga unik.

image is not available

Namun untuk menghasilkan bahagian belakang ini ada cabarannya yang tersendiri. OPPO mengambil inspirasi daripada fenomena alam semula jadi yang dipanggil pengkristalan tahap sifar semasa mengacu panel kaca belakang Reno6 Pro.

Selepas ratusan percubaan dan lebih setahun pengoptimuman dijalankan, maka terhasilkan kemasan Reno Glow ini.

image is not available

Ya, kemasan yang anda sentuh itu bukanlah pelekat sebaliknya dihasilkan menggunakan proses ukiran khas. Untuk Reno6 Pro, anda boleh dapatkannya dalam warna Arctic Blue ataupun Lunar Grey.

Bila OPPO Reno6 Pro dijual & berapa harganya?

image is not available

OPPO Reno6 Pro akan dijual secara eksklusif di Lazada. Tempahan untuk memilikinya sudahpun dibuka sehingga 23 Ogos 2021 dengan hadiah bernilai RM1,099 menanti anda.

image is not available

Berikut adalah segala yang terkandung dalam hadiah bernilai RM1,099 itu:

  • OPPO Endco Air TWS
  • Beg galas Marshall
  • Langganan setahun storan awan HeyTap 1TB
  • Jaminan OPPO Care selama setahun
  • Baucar Grab RM50 (ahli My OPPO sahaja)

Ada juga promosi PWP sedang berjalan bila anda beli OPPO Reno6 Pro di Lazada. Anda boleh dapatkan OPPO Enco Buds pada harga RM1 ataupun OPPO Enco Air pada harga RM29.

Tak terhenti di situ, pengguna kad kredit Standard Chartered pula akan menerima rebat sehingga RM100 ke atas pembelian.

image is not available

Disamping hadiah percuma, anda juga berpeluang menerima lebih banyak hadiah melalui cabutan bertuah. Antara yang menunggu ialah:

  • 1x Marshall Stanmore II bernilai RM1,999
  • 4x Marshall Emberton bernilai RM799
  • 2x Marshall Crosstown bernilai RM399

Penyertaan cabutan bertuah ini adalah automatik bila anda beli seunbit Reno6 Pro. Tapi, kalau anda belinya dalam tempoh promosi tempahan awal, sebanyak 5 entri akan dimasukkan di atas nama anda.

Apa tunggu lagi? Tempah seunit OPPO Reno6 Pro hari ini di di Lazada ataupun OPPO Store. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

The post Reno6 Pro: 6 benda yang perlu anda cuba pada Reno terhebat daripada OPPO appeared first on SoyaCincau.com.